Sandakan Crocodile Farm ini terletak sekitar satu setengah jam dari bandar Sandakan. Jauh juga ya? Tapi percayalah, lawatan anda ke taman buaya ini terasa amat berbaloi kerana ia merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 3000 ekor buaya di dalamnya.

Selain buaya, di sini juga terdapat taman kanak dan sebuah zoo mini yang menempatkan ikan Amazon bersaiz besar.

Apa lagi yang menarik? Kalau anda datang pada hari Ahad ataupun cuti umum, anda bukan sahaja dapat melihat pertunjukan buaya, tapi juga pertunjukan haiwan menggerunkan yang lain iaitu ular. Barulah thrill!

Alamat: Sandakan Crocodile Farm, Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan

Waktu Pertunjukan di Sandakan Crocodile Farm: 

  • Pertunjukan Buaya: Isnin – Jumaat (11:45am & 4.00pm)
  • Pertunjukan Buaya & Ular: Ahad & Cuti Umum (11.00am, 2.00pm & 4.00pm)
  • Waktu Diberi Makan: 9.00am – 4.30pm