Ramai yang mungkin tahu lokai Pulau Berhala, namun ramai yang tidak pasti cara untuk mengunjungi pulau ini.
Hiking ke puncak Bohey Luyang merupakan aktiviti popular di sini.
Berhala Island ialah sebuah pulau yang berhampiran dengan bandar Sandakan.
Terdapat penduduk yang tinggal di pulau ini.
Untuk sampai ke pulau ini anda perlu menaiki Kapal atau Bot dari jeti Pasar Sandakan.
Lokasi jeti: Jeti Pasar Sandakan
Kami cadangkan agar anda datang secara berkumpulan untuk keselamatan diri dan suasana yang menyeronokkan.
Untuk pengetahuan anda, waktu operasi kapal dan bot bermula dari jam 8am-5pm.
Anda perlu sampai ke jeti pasar sandakan sebelum pukul 11:00 am kerana biasanya kapal akan bergerak antara pukul 11:00am dan 12:00pm.
Masa perjalanan dalam kapak atau bot adalah lebih kurang 15 hingga 20 minit.
Anda akan diturunkan di Jeti Pulau Berhala.
Kami cadangkan anda mengambil penduduk tempatan di sini sebagai penunjuk arah dan berikan sedikit saguhati kepada mereka.
Berikut merupakan kawasan perkampungan di Pulau Berhala.
Pantai yang menarik, hiking ke Bohey Luyang, meninjau rumah api antara yang menarik di sini!
Terdapat juga kem tentera di sini, jangan risau, keselamatan anda terjamin!
Untuk balik ke tanah besar Sandakan, jangan risau bot dan kapal penduduk kampung sentiasa ada.
Anda boleh sahaja menempah pengangkutan mereka!
Maklumat penting:
- Jenis perjalanan: Pergi dan balik (1 hari)
- Tambang bot/kapal: RM5.oo seorang
- Lokasi: Pulau Berhala
- Lokasi jeti: Jeti Pasar Sandakan
0 Comments