Taman Peringatan Sandakan atau Sandakan Memorial Park diwujudkan adalah untuk memperingati pengorbanan, penderitaan, kematian serta jasa para tawanan Perang Dunia Kedua di kem tahanan perang (prisoner-of-war camp) milik tentera Jepun di Sandakan ini.
ianya terletak di dalam Hutan Simpan Sibuga berhampiran bandar Sandakan.
Pendudukan Jepun di Sandakan ketika Perang Dunia Kedua bermula pada 19 Januari 1942 sehinggalah briged Divisyen ke 9 Australia membebaskannya pada 19 Oktober 1945. Antara peristiwa hitam ketika Perang Dunia Kedua ialah Kawat Kematian Sandakan.
Kawat Kematian Sandakan adalah kisah menyayat hati di mana 1066 orang awam kerahan yang diimport dari Pulau Jawa,Indonesia bersama tahanan perang Australia dan British telah dipaksa berjalan kaki ke Ranau yg terletak 260km ke barat Sandakan.
Tahanan itu pada mulanya dipaksa oleh tentera Jepun membina landasan kapal terbang di Sandakan.Seperti pembinaan laluan keretapi maut di Burma,tahanan ni dipaksa kerja keras dengan diacukan senapang,sering dipukul, tidak mendapat makanan dan ubatan yang cukup serta layanan yang tidak bersifat kemanusiaan.
Pada awal 1945 apabila Pihak Berikat semakin hampir ke Sandakan,komandan kem iaitu Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahan seramai 1066 orang ke kekawasan yang lebih pedalaman di Ranau .Dalam perjalanan itu ramai yang mati keletihan,kebuluran dan penyakit.
terdapat juga sebuah pavilion memuatkan bahan-bahan penceritaan tentang kem tahanan perang di sini.
model prisoner-of-war(pow)camp
terdapat juga jentera dan peralatan zaman Jepun yang aku pun tak pasti apa kegunaannya
0 Comments