Ticker

6/recent/ticker-posts

Advertisement

Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

 

Sumber: Razvan Regoita

Haiwan terpelihara Orang Utan ataupun nama lainnya Wild Red Apes dapat dilihat dalam habitat semula jadinya sekiranya anda sekeluarga melawat Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre.

Saat tiba di sini, anda akan melalui laluan kayu yang akan membawa kaki anda menuju ke arah galeri dan platform tempat memberi Orang Utan makanan.

Disarankan untuk anda datang sekitar 30 minit awal sebelum waktu haiwan ini diberi makan kerana sekiranya anda terlewat, kemungkinan pekerja di pusat ini tidak akan membenarkan anda masuk, kan dah sedih?

Info lain yang perlu anda tahu adalah Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre turut menyediakan tempat solat, kedai cenderamata, pusat informasi yang memaparkan video 6 kali sehari, kafe dan tandas yang bersih.

Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan

Harga: Dewasa MyKad: RM5, Pelancong: RM30 | 18 Tahun & Kebawah MyKad: RM2, Pelancong: RM15 | Kamera RM10

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00am – 12.00pm & 2.00pm – 4.00pm) | Jumaat (9.00am – 11.00am & 2.00pm – 4.00pm) | Waktu Orang Utan Diberi Makanan (10.00am – 3.00pm)

Post a Comment

0 Comments