Lokasi yang strategik iaitu di jalan Cecily, menjadikan “perkampungan Arnab” yang terletak di Daerah Sandakan, Sabah semakin dikenali dan dikunjungi oleh masyarakat setempat.

PERATURAN UNTUK PENGUNJUNG ARNAB VILLAGE

Setiap lokasi yang selalu dikunjungi orang ramai mempunya peraturan masing-masing. Taman Arnab di Jalan Cecily juga mempunyai peraturan seperti yang dinyatakan dalam gambarajah dibawah. Secara ringkasnya, jangan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap arnab di dalam taman.

ARNAB VILLAGE:


GAMBAR CANDID TAMAN ARNAB

Tempat ini sememangnya sesuai bagi anda yang menyukai haiwan yang comel ini. Di sini, anda boleh memberi makanan kepada arnab-arnab dengan syarat makanan diperolehi daripada kaunter pendaftaran tadi. Anda juga boleh bermain, mengusap, bergambar dan sebagainya selagi ianya tidak mendatangkan kemudaratan atau kecederaan terhadap arnab-arnab ini.






Tiada masa yang dihadkan dalam memasuki taman ini, bermakna anda boleh berada di taman ini sebaik dibuka sehingga ditutup pada waktu petang. Bagi makluman pembaca, arnab yang terdapat dalam taman ini sangat jinak dan akan berusaha mendekati anda dengan harapan diberikan makanan.


YURAN MASUK BAGI YANG BARU

Yuran masuk adalah percuma, hanya beli makanan untuk arnab sahaja dengan harga Rm 1.00

LOKASI: Jalan Cecily, 90000, Sandakan, Sabah